Pemakluman Program/Aktiviti Sekolah : 21 Mei 2019 hingga 21 Jun 2019

Assalamualaikum kepada semua Ibu Bapa / Penjaga ,

Pelajar-Pelajar Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6

Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Plastik dari Bintulu Port Holdings Berhad

Assalamualaikum,

Majlis Penyerahan Sumbangan 100 Unit Kerusi Plastik kepada SK Agama (MIS) Bintulu

Tarikh : 2 Mei 2019 (Khamis)

Masa : 10 pagi

Tempat : Dewan Ibnu Sina

Senior Manager Group Corporate Services (CSR) Bintulu Port Holdings Berhad, Puan Maslihah Hj Tioh memotong riben di kerusi sebagai tanda simbolik penyerahan sumbangan kerusi kepada Guru Besar SK Agama (MIS) Bintulu, Hjh Dayang Latifah disaksikan oleh guru-guru, YDP PIBG, staf CSR Bintulu Port dan yang lain.

‘Jom Cuci Tangan’

Program ‘Jom Cuci Tangan’ anjuran Jawatankuasa Kantin Sekolah dengan kerjasama Kelab Doktor Muda

Tarikh : 12 April 2019

Tempat : Kantin Sekolah

Murid yang terlibat adalah dari darjah 1,2 dan 3. (Tahap 1)

Sukan Tahunan Sekolah 2019

Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga Prasekolah, Tahun 1,2,3,4,5 dan 6, SK Agama MIS Bintulu mengenai Sukan Tahunan Sekolah Kali ke 17, 2019.

Pertandingan Scrabble Antara Sekolah² Rendah Peringkat Daerah Bintulu 2019

Keputusan Pertandingan Scrabble Antara Sekolah² Rendah Peringkat Daerah Bintulu 2019

pada 4 April 2019 di Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Bintulu.

Sekolah kita telah mendapat tempat ke – 2, iaitu NAIB JOHAN, dari 16 buah sekolah rendah seluruh Bintulu yang berentap.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Sumbangan cek dari YB Encik Chiew Chiu Sing

Pada 03 April 2019, YB Encik Chiew Chiu Sing (ADUN Tanjung Batu) telah menyumbangkan sumbangan cek untuk Kelab Petanque Sekolah. Cek tersebut diterima oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Norjanah disaksikan oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Fauziah dan Guru Penasihat Kelab Petanque, Ustaz Mohd Zainudin

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa/Penjaga Murid² Tahun 6 Bersama Guru

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa/Penjaga Murid² Tahun 6 Bersama Guru

Tarikh : 22 Mac 2019 (Jumaat)

Tempat : Dewan Ibnu Sina

Jam : 8.00 pagi

Antara agenda pada majlis tersebut adalah :

  1. Perkongsian AR1 oleh Guru Besar
  2. Lafaz Ikrar Aku Janji UPSR Murid² Tahun 6 2019 oleh Harith Zakwan Bin Romzy (wakil murid dan Ketua Pelajar)
  3. Lafaz Ikrar Aku Janji Ibu Bapa Murid² Tahun 6 (wakil : Encik Hakbaryzyma Bin Drahman)
  4. Tandatangan Aku Janji 
  5. Permuafakatan Ibu Bapa / Penjaga bersama Guru Kelas dan Guru Subjek Tahun 

*KPI UPSR 2019 = GPS 1.62 ( calon cemerlang : 13 orang,  calon lulus : 76 orang )

Menaiktaraf serta Penambahbaikan Surau An-Najah

Assalamualaikum

Untuk makluman ibu bapa, SK Agama (MIS) Bintulu tidak mempunyai bangunan khas untuk surau bagi kegunaan murid untuk solat dan menjalankan aktiviti keagamaan serta kerohanian.

Oleh itu, Jawatankuasa Surau An-Najah bersama Ahli Exco PIBG bersepakat bagi mendapatkan dana untuk tujuan menaiktaraf ini. Anggaran kos keseluruhan perbelanjaan menaiktaraf adalah sebanyak RM350,000 dan kerja-kerja menaiktaraf dijangka bermula pada bulan April 2019.

Semoga usaha untuk menaiktaraf dan penambahbaikan surau An-Najah ini akan berjaya seperti yang dirancang dan dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta memberi manfaat kepada seluruh warga SK Agama (MIS) Bintulu.

 

 

Mesyuarat Tahunan PIBG 2019

Mesyuarat Tahunan PIBG SK Agama (MIS) Bintulu 2019

Tarikh : 15 Mac 2019 *Jumaat malam*

Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Agama (MIS) Bintulu

Jam : 7.40 malam *selepas solat maghrib*

Antara agenda pada malam tersebut adalah :

  1. Ucapan Aluan oleh YDP PIBG, Encik Abdul Azis
  2. Perasmian Mesyuarat oleh Guru Besar
  3. Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG 2018
  4. Laporan Kewangan PIBG 2018 & 2019
  5. Laporan Aktiviti PIBG 2018 & 2019
  6. Laporan Aktiviti & Kewangan Projek Surau An-Najah
  7. Pembentangan usul & cadangan dari ibu bapa

Ceramah Motivasi Ustaz Bakhtiar Fitri

 

 

Ceramah Motivasi untuk pelajar Tahun 6 di SK Agama (MIS) Bintulu bersama Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid

Anjuran : Masjid Darul Hidayah, MLNG Housing dan JAIS Bintulu
Tarikh : 15 Mac 2018
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Bintulu