Perjumpaan Khas Calon UPSR 2019 bersama Guru Besar

Assalamualaikum

Perjumpaan Khas semua calon UPSR 2019 bersama Guru Besar SKAMISB, Hjh Dayang Latifah bt Hj Awg Sam di Bilik Mesyuarat.

Kem Bestari Solat Siri 1 untuk Tahun 6 2019

Assalamualaikum

Pada hari Sabtu yang lepas, telah diadakan Kem Bestari Solat Siri 1/2019 untuk murid Tahun 6 di surau An-Najah, SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu.

Tujuan aktiviti keagamaan ini diadakan untuk memberi penekanan mengenai pemantapan akhlak, akidah dan adab melalui solat diterapkan kepada murid-murid secara berterusan.

Selamat Datang ke SKAMISB, cikgu Fatin

Assalamualaikum.

Warga SKAMISB mengalu-alukan kedatangan cikgu baru ke sekolah kita iaitu ;

Nama : Cikgu Fatin Amalina Syazwani Binti Mahdi

Gred : DG41

Asal : Kuching, Sarawak

Tarikh Lapor Diri : 24 Januari 2019 

Pengkhususan : Bahasa Inggeris

p/s : Di harap cikgu Fatin boleh menyesuaikan diri di sekolah ini. Tahniah diucapkan.

 

Kejohanan Bola Jaring MSSR Peringkat Bahagian Bintulu 2019

Assalamualaikum

Untuk makluman semua, sekolah kita berjaya mendapat tempat yang ke 4 setelah berentap sehingga ke peringkat final.

Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 24-26 Januari 2019 di gelanggang bola jaring, SJK Sebiew Chinese.

Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring sekolah kita.

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas Surau 2019

Assalamualaikum

Pada khamis lepas, telah berlangsungnya Kem Kepimpinan untuk Pengawas sekolah dan Pengawas Surau 2019 di Dewan Ibnu Sina.

Penceramah yang dijemput adalah Cikgu Hasmiyuhairi Yusoff, Penyelia Unit Pengurusan Akademik PPD Sebauh.

 

Klinik Asas Sukan Permainan Petanque 2019

Assalamualaikum

Pada 24 Januari yang lepas, telah berlangsung nya Klinik Asas Sukan Permainan Petanque di Bilik Kebitaraan Pendidikan Islam.

Penceramah yang dijemput untuk program ini adalah Cikgu Janudin, Guru Besar SK Tatau.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan juga kemahiran kepada ahli-ahli petanque yang baharu untuk bermain sukan petanque dengan cara yang betul dan mengikut garis panduan yang disahkan oleh undang-undang sukan petanque.

Lori MILO datang lagi!

Assalamualaikum

seperti biasa lori MILO datang lagi untuk menceriakan murid-murid sekolah kita pada 15hb Januari yang lepas.

Maklumat Murid SK Agama (MIS) Bintulu Tahun 2019

Assalamualaikum

Untuk makluman semua Ibu Bapa dan Penjaga, murid Prasekolah hingga Tahun 6 (Sesi Persekolahan 2019)

dikehendaki mengisi maklumat anak anda dalam google form yang disediakan.

—> http://gg.gg/muridagamabtu2019

Kerjasama dari semua Ibu Bapa dan Penjaga amat kami hargai.

Terima Kasih.

Hari Pendaftaran & Mula Sesi Penggal Persekolahan Tahun 2019

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua Ibu Bapa dan Penjaga, murid Prasekolah hingga Tahun 6 (Sesi Persekolahan 2018)

Senarai Nama Murid ke Prasekolah dan Tahun Satu Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019

Assalamualaikum

Makluman kepada semua Ibu/Bapa/Penjaga,

(PRASEKOLAH GEMILANG)

 

(PRASEKOLAH CEMERLANG)

(KELAS 1 OTHMAN)

(KELAS 1 ALI)

(KELAS 1 AISHAH)