Logo PIBG SKAMIS Bintulu

Logo PIBG SK Agama

KETERANGAN LOGO

  1. Lingkaran berwarna kuning di luar melambangkan para guru yang sedia bekerjasama sesama sendiri dan dengan ibu bapa demi menjulang prestasi sekolah kearah kegemilangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
  2. Lingkaran berwarna biru melambangkan ibu bapa yang bersatu padu dengan guru dalam membantu sekolah untuk mencapai matlamat di atas.
  3. Lingkaran berwarna kuning sebelah dalam melambangkan para pentadbir sekolah daripada Pengurus sekolah dan para penbantu beliau serta staf sokongan menjadi pendukung contoh yang memantapkan kegemilangan persatuan.
  4. Warna putih dalam bulatan bermaksud kepimpinan PIBG yang telus berteraskan nilai-nilai Islam.
  5. Grafik Orang membentuk bulatan  bermakna gandingan mantap dan perpaduan digembelingkan bagi mencapai matlamat sekolah gemilang.
  6. Lencana Sekolah melambangkan para pelajar yang menikmati hasil kepimpinan dan ahli-ahli PIBG yang bersatu, telus, amanah, komited dan berteraskan nilai-nilai Islam.

MOTO : “ Muzakarah Membawa Barakah”

Moto ini bermaksud setiap aktiviti PIBG yang dirancang dan dilaksanakan adalah hasil daripada perbincangan yang berteraskan ilmu yang tinggi (Muzakarah) yang bukan saja akan meghasilkan (Membawa) kejayaan di dunia bahkan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT (Barakah)

Dengan moto ini PIBG SK (A) MIS Bintulu dipandu ke arah menjulang SK(A) MIS Bintulu ke arah kegemilangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah ke tahap yang tinggi.

Pencipta Bersama: Cikgu Rajeli Hj. Bolhasan & Cikgu Awg. Dahlan Bin Awg. Lai