Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

KAMI WARGA SK (A)  MAJLIS ISLAM SARAWAK BINTULU DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

  1. Memastikan semua murid mendapat pengetahuan, didikan dan asuhan yang sempurna; 
  2. Memupuk persefahaman dan merangsang keharmonian sesama guru dan Ibu Bapa / Penjaga; 
  3. Mencapai kecemerlangan dari aspek murid, guru dan sekolah; 
  4. Mengamalkan serta membina perkembangan jasmani dan rohani bagi melahirkan insan yang sempurna; 
  5. Memastikan sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru dan staf sokongan secukupnya mengikut keperluan sekolah dua minggu sekolah bermula; 
  6. Memastikan semua urusan pertukaran keluar murid dilaksanakan dalam tempoh antara 2 – 3 hari dari tarikh permohonan diterima; 
  7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran; 
  8. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan-pelanggan dengan :
  • Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra;
  • Menentukan segala aduan dan rayuan berbentuk surat, lisan pada sekolah diberi jawapan, perhatian dan tindakan sewajarnya.
  1. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.