Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH

 

Ibarat mentari menyinar seluruh alam

Begitulah cita dan harapan

Memajukan dunia pendidikan

BERILMU BERAMAL BERBAKTI wawasan kami

 

Anak didik  harapan bangsa dan negara

Kau sematkan semangat gigihmu

Tak luntur walau dugaan menghalang

Usahamu kekal berpanjangan

 

Bersyukurlah kita kepada ALLAH atas rahmatnya

Nasihat guru jadikan panduan

Melahirkan insan yang sempurna

Sama mencapai puncak jaya

 

SK Agama Majlis Islam Sarawak Bintulu

Seluruh warga bekerjasama

Keharmonian tetap dijaga

Kecemerlangan idaman bersama.

 

Lagu & Lirik :- Abdul Lattif Poli (MPSB)