Sumbangan Duit Raya 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat 16 Jun yang lepas, telah berlangsungnya Program Sumbangan Duit Raya 2017 kepada murid yang mempunyai status anak yatim dan miskin. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fauziah Binti Jumat.

Program ini adalah kerjasama antara Panitia Pendidikan Islam dengan Unit HEM sendiri. Seramai 47 orang penerima yang telah  menerima sumbangan duit raya tersebut.

 

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat UPSR 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat 16 Jun yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat UPSR 2017 yang bermula jam 5.30 petang hingga 9.30 malam. Antara pengisian program ialah Bacaan Yasin, Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Ucapan Pihak Sekolah dan Solat Sunat Tarawikh.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah En Abdul Rahim Bin Hj Harmi  wakil dari PPD Bintulu, ehli exco PIBG, Ibu Bapa serta Warga SK (A) MIS Bintulu.

 

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Assalamualaikum

Pada 24 Mei yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di Dewan Ibnu Sina. Sambutan ini dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Su’ut Bin Tahir.

Tema sambutan Hari Guru tahun ini adalah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dan tema pakaian untuk semua guru² pada hari tersebut adalah ‘Kalau Aku Bukan Guru’.

 

3RD SKBJ CHESS CHAMPIONSHIP 2017

Assalamualaikum.

Pada 8 dan 9 April yang lepas, 3 orang murid SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu telah mengikuti 3 rd SKBJ Chess Championship 2017 yang diadakan di Dewan Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana dan dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Pertandingan ini juga dengan kerjasama Malaysian Chess Federation dan Chess Association of Selangor.

3rd SKBJ Chess Championship dipertandingkan mengikut 3 kategori iaitu bawah 9 tahun, bawah 12 tahun dan bawah 15 tahun. Pertandingan yang dijalankan adalah sebanyak 8 pusingan dan mengikut SWISS SYSTEM. Penyertaan terdiri daripada pelbagai sekolah di seluruh Malaysia.

PESERTA 12 TKB:

BIL NAMA KELAS RATING KEBANGSAAN CATUR
1. MUHAMAD DANIEL NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 5 AISHAH 1189
2. MUHAMAD LUKMAN NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 6 AISHAH 1437

 

PESERTA 9 TKB:

BIL NAMA KELAS RATING KEBANGSAAN CATUR
1. MUHAMAD IMRAN NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 3 ALI 1268

 

 

Di dalam pertandingan ini, adik Muhamad Imran Nurhakim telah berjaya menyandang tempat ke-10 dan mendapat hadiah berupa medal, sijil dan wang sebanyak RM30.

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah² KPM Peringkat Bahagian Bintulu 2017

Assalamualaikum.

Pada 8 April yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah² Kementerian Pendidikan Malaysia (MTQSSKPM) Peringkat Bahagian Bintulu di SMK Bintulu. Sekolah kita telah menghantar wakil peserta untuk 7 acara.

Tahniah kepada semua peserta MTQ dan team Panitia PAI.

Keputusan Penuh ;

1.Tilawah Lelaki – Johan
2.Tilawah Perempuan – Naib Johan

3.Hafazan Lelaki – Naib Johan
4.Hafazan Perempuan – Johan

5.Bercerita Lelaki – Johan
6.Bercerita Perempuan – Johan

7. Nasyid – Johan

Pertandingan Choral Speaking PETRONAS Bintulu

Assalamualaikum

Pada 8 April yang lepas, sekolah kita telah menghantar wakil murid untuk menyertai Pertandingan Choral Speaking PETRONAS 2017 di Dewan Suarah Bintulu. Dan cuma mendapat saguhati dalam pertandingan tersebut.

Syabas dan tahniah kepada team Choral Speaking dan barisan Panitia Bahasa Inggeris.

Kejohanan Memanah MSSB Bahagian Bintulu 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat, 7 April 2017, sekolah kita telah menghantar 4 peserta lelaki dan seorang peserta perempuan ke Kejohanan Memanah MSS Bahagian Bintulu yang bertempat di Padang Memanah SMK Bandar. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan dikelolakan oleh SMK Bandar dan juga SK Kampung Baru.

Pertandingan ini bertujuan untuk memperkasakan aktiviti memanah di peringkat sekolah. dan mencari wakil bagi persediaan MSS Sarawak yang akan berlangsung di Miri. Undang-undang yang digunakan ialah mengikut undang-undang “World Archery” (WA) dan Peraturan-peraturan AM MSSM.

Bagi Kategori Lelaki 12 tahun ke bawah, adik Ahmad Muhaimin bin Abu Bakar telah mendapat tempat ketiga manakala bagi Kategori Perempuan 12 tahun ke bawah, adik Ayn Qaeydah Fakhira binti Merudi mendapat tempat keempat. Mereka berjaya terpilih mewakili bahagian Bintulu ke pertandingan MSS Sarawak di Miri.

 

Wakil peserta – peserta dari sekolah kita:

Bil Nama Kelas
1. AHMAD MUHAIMIN BIN ABU BAKAR 6 Othman
2. AFIQ HARITH BIN ANUAR 4 Aisyah
3. MUHAMAD ZARIFZHARQUAN BIN ZULKARNAIN 3 Ali
4. IMRAN IHTISYAM BIN JOHAN 3 Ali
5. AYN QAEYDAH FAKHIRA BINTI MERUDI 5 Othman

 

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Memanah:

KEDUDUKAN NAMA SEKOLAH
PERTAMA AIMAN SYAFIQ BIN MOHAMAD EFFENDY SK KAMPUNG BARU
KEDUA MOHAMMAD ADIB ASYARAF BIN SAMRI SK KIDURONG
KETIGA AHMAD MUHAIMIN BIN ABU BAKAR SK (A) MAJLIS ISLAM SARAWAK BINTULU
KEEMPAT MOHAMAD NUR ASFA BIN MOHAMMED SK ASYAKIRIN

 


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2017

Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKA (MIS) Bintulu diadakan pada waktu malam. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah serta jamuan makan sebelum mensyuarat bermula. Sambutan yang baik oleh para ibu bapa dan guru dan ini dihargai oleh Penolong Kanan merangkap Pemangku Guru Besar, Puan Zuraidah dalam ucapan pembukaannya.

13 Usul dibentangkan dan pelbagai pandangan ibu bapa dibincangkan bersama. Semoga semangat kerjasama ibu bapa dan guru ini terus mekar demi kecemerlangan SKA (MIS) Bintulu.

Perlantikan rasmi Ketua Pengawas & Penolong Ketua Pengawas sesi tahun 2017

Assalamualaikum.

Pada 13 Mac yang lepas, majlis perlantikan rasmi untuk Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SKAMISB sesi 2017 telah berlangsung semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi semalam.

Ketua Pengawas yang dilantik adalah Mohd Asraf Maslihi dari kelas 6 Aishah, manakala Penolong Ketua Pengawas adalah Dayangku Syaza Danisha Awang Ikhsan dari kelas 5 Othman. Mereka dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh Penyelaras Lembaga Pengawas Sekolah iaitu Cikgu Rinawaty.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Zuraidah.

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah² KPM Peringkat Daerah Bintulu 2017

Assalamualaikum.

Pada 11 Mac yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah² Kementerian Pendidikan Malaysia (MTQSSKPM) Peringkat Daerah Bintulu di SK Kidurong. Sekolah kita telah menghantar wakil peserta untuk 6 acara dan semuanya mendapat tempat dan layak ke peringkat Bahagian pada 8 April ini. Tahniah kepada semua peserta MTQ dan semua ustaz dan ustazah SKAMISB.

Keputusan Penuh ;

1.Tilawah Lelaki – Johan
2.Tilawah Perempuan – Naib Johan

3.Hafazan Lelaki – Naib Johan
4.Hafazan Perempuan – Johan

5.Bercerita Lelaki – Johan
6.Bercerita Perempuan – Johan