Category Archives: Umum

Lori MILO datang lagi!

Assalamualaikum

seperti biasa lori MILO datang lagi untuk menceriakan murid-murid sekolah kita pada 15hb Januari yang lepas.

Maklumat Murid SK Agama (MIS) Bintulu Tahun 2019

Assalamualaikum

Untuk makluman semua Ibu Bapa dan Penjaga, murid Prasekolah hingga Tahun 6 (Sesi Persekolahan 2019)

dikehendaki mengisi maklumat anak anda dalam google form yang disediakan.

—> http://gg.gg/muridagamabtu2019

Kerjasama dari semua Ibu Bapa dan Penjaga amat kami hargai.

Terima Kasih.

Hari Pendaftaran & Mula Sesi Penggal Persekolahan Tahun 2019

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua Ibu Bapa dan Penjaga, murid Prasekolah hingga Tahun 6 (Sesi Persekolahan 2018)

Keputusan UPSR 2018

Assalamualaikum

GPS : 2.01

6A : 3 orang

Jumlah calon : 75 orang

Bahasa Arab GPMP : 1.52 (semua lulus) / 15 orang dapat A1

Menguasai Lulus Penuh : 74/75 orang @ 98.67 %

Tahniah kepada semua murid Tahun 6 2018!

Program Putra Bakti AnimEx 2.0 2018

Assalamualaikum.

Pada 3-4 Februari yang lepas, pihak sekolah ada menghantar wakil murid sebanyak 9 orang dari kelas 5 Aisyah dan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Nurshafika untuk menglibatkan diri dalam Program Putra Bakti Animex 2.0. Program ini berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan eksotik serta dapat mempamerkan ternakan yang terdapat di UPM Kampus Bintulu.

 

Perlantikan rasmi Ketua Pengawas & Penolong Ketua Pengawas sesi tahun 2017

Assalamualaikum.

Pada 13 Mac yang lepas, majlis perlantikan rasmi untuk Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SKAMISB sesi 2017 telah berlangsung semasa perhimpunan rasmi sekolah pagi semalam.

Ketua Pengawas yang dilantik adalah Mohd Asraf Maslihi dari kelas 6 Aishah, manakala Penolong Ketua Pengawas adalah Dayangku Syaza Danisha Awang Ikhsan dari kelas 5 Othman. Mereka dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditentukan oleh Penyelaras Lembaga Pengawas Sekolah iaitu Cikgu Rinawaty.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Cikgu Zuraidah.

Hari Pertama Persekolahan 2017

Assalamualaikum.

Pada 2 Januari (Isnin) yang lepas , telah berlangsungnya sesi Pendaftaran untuk semua murid dari darjah 1 sehingga darjah 6 di kelas masing-masing. Pembelian barang keperluan persekolahan seperti buku latihan sekolah atau sumbangan PIBG juga dibuat di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu, semuanya berjalan dengan lancar.

الحمد لله

Selamat kembali ke SK Agama Bintulu, wahai semua adik-adiku sekelian. 

Undian: Bagaimanakah anda mengetahui mengenai Laman Web Sekolah ini?

Bagaimanakah anda mengetahui mengenai Laman Web Sekolah ini?

View Results

Loading ... Loading ...