Category Archives: Aktiviti Sekolah

Kem Khemah Ibadah 2016

Assalamualaikum.

Persatuan Agama Islam Sekolah akan menganjurkan Kem Khemah Ibadah 2016 pada minggu ini iaitu pada 11/11/2016 hingga 13/11/2016 di Dewan Ibnu Sina dan Surau An-Najah, SK Agama Bintulu.

kemibadah

Majlis Khatamal Quran Peringkat Sekolah Tahun 2016

Assalamualaikum.

Pada 22 Oktober yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Khatamal Quran Peringkat Sekolah di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau An-Najah SK Agama Bintulu dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Sekolah.

Majlis Khatamal Quran bermula dipimpin oleh Ustaz Bahran Bin Tihi dan ucapan perasmian penangguhan dari Penolong Pegawai JAIS Bintulu, Ustaz Azhar.

whatsapp-image-2016-10-22-at-08-54-03  whatsapp-image-2016-10-22-at-08-39-48

whatsapp-image-2016-10-22-at-09-19-20

whatsapp-image-2016-10-22-at-09-41-32

Khatamal Quran ini merupakan majlis yang diadakan khusus untuk semua pelajar agama Islam SK Agama Bintulu. Ianya adalah aktivi sekolah yang rasmi diadakan setiap tahun. Diharapkan majlis ini akan diteruskan untuk masa yang akan datang.

 

Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2016

Assalamualaikum.

Pada 8 Oktober yang lepas, pihak sekolah telah menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2016 di surau sekolah.

Aktiviti keagamaan ini telah dirancang dan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam dimana penekanan mengenai pemantapan akhlak, akidah dan adab melalui solat diterapkan kepada murid-murid sekolah.

Peserta yang terlibat adalah semua murid tahun 4 sehingga tahun 6.

whatsapp-image-2016-10-08-at-11-38-10 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-37-49 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-39-08 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-37-58whatsapp-image-2016-10-08-at-11-52-17 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-52-19

Ceramah Keselamatan Jalan Raya di Sekolah

Assalamualaikum.

Pada 9 September yang lepas, telah berlangsungnya ceramah keselamatan jalan raya sekolah di Dewan Ibnu Sina SK Agama Bintulu anjuran Jawatankuasa Keselamatan Sekolah. Penceramah yang dijemput adalah Sarjan Martin Saran dari Cawangan Trafik, IPD Bintulu.

Ceramah ini melibatkan semua murid sekolah dan guru-guru. Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan adalah :

  1. Langkah keselamatan jalan raya
  2. Akibat kemalangan jalan raya
  3. Disiplin di jalan raya
  4. Pengenalan lampu isyarat
  5. Tips melintas jalan raya

img-20160919-wa0006 img-20160919-wa0009 img-20160919-wa0014 img-20160919-wa0015

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Assalamualaikum.

Pada 2 September 2016 yang lepas, telah diadakan Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016 di surau sekolah SK Agama Bintulu bermula jam 7 malam.

Majlis ini melibatkan semua murid darjah 6 bersama-sama ibu bapa masing-masing serta guru-guru tahun 6 dan pihak PIBG. Semoga semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini berjaya memperolehi result yang cemerlang. Insya Allah!

WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.18.31 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.18.32 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.29.00 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.30.23 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 8.09.58 PM   WhatsApp Image 2016-09-02 at 10.11.42 PM

Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat Kebangsaan 2016

Assalamualaikum.

Pada 11 hingga 18 Ogos 2016 yang lepas, 7 orang murid SK Agama Bintulu telah mewakili negeri Sarawak ke Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

Pasukan ini juga dikenali sebagai Bintulu Pandas turut diwakili oleh murid-murid dari SK Kidurong, SK Kidurong 2 dan SK Tanjung Batu. Pasukan ini hanya dapat berjuang hingga ke peringkat separuh akhir dalam kategori plate.

Diharap dengan penyertaan ke peringkat kebangsaan ini dapat meningkatkan lagi martabat sukan sofbol di SK Agama Bintulu.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 3.04.59 PM

Pertandingan Kalam Jama’ie Sekolah Rendah KPM Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualaikum.

Pada 3 hingga 5 Ogos 2016 yang lalu, Majlis Khatam Al-Quran dan Pertandingan Kalam Jama’ie Sekolah-Sekolah Rendah KPM Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di daerah Mukah, Sarawak. SK Agama Bintulu telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Kalam Jama’ie Peringkat Negeri Sarawak selama 4 tahun berturut-turut dan berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga.

Kalam Jama’ie merupakan satu pertandingan bicara berirama atau choral speaking yang disertai 25 org peserta dan seorang konduktur. Pasukan Kalam Jama’ie SK Agama Bintulu yang dinamakan Pasukan ‘Raudhatul Mawaddah dibimbing oleh Ustazah Siti Fatimah, Ustazah Nor Iziana, Ustazah Lolita, Ustazah Dayana, Ustazah Aidha dan Ustazah Mazaini.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 5.36.44 PM

Mesyuarat Agung PIBG 2016

Pada 16 April 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu (SKAMISB) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) telah mengadakan mesyuarat agung PIBG Tahun 2016. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih  ahli jawatankuasa bagi sesi 2016-2018 dan membincangkan isu-isu yang berbangkit.

Kejohanan Sofbol Peringkat Daerah Bintulu

Assalamualaikum.

Pada 29 dan 30 Januari yang lalu, pasukan sofbol Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu yang diberi jolokan “THE BAASHA” telah menyertai Kejohanan Sofbol Peringkat Daerah Bintulu yang diadakan di padang UPM Bintulu. Alhamdulillah dengan usaha yang gigih dan pertolongan Allah SWT, pasukan “THE BAASHA” telah menjuarai kedua-dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan.

Anugerah Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan PPD Bintulu

Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dengan kerjasama SK Agama M.I.S. Bintulu, SJK Chung Hua dan SK St Anthony pada 12 November 2015 dan bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK (A) M.I.S. Bintulu.

Anugerah yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf pencapaian sekolah, badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta individu guru dan pelajar dalam bidang kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid di peringkat bahagian Bintulu.