Category Archives: Aktiviti Anjuran PIBG

Gotong Royong Perdana Sekolah 2016

Assalamualaikum.

Pada 20 Ogos 2016 yang lepas, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) & PIBG telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Perdana Sekolah untuk tahun 2016 bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.

Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti telah dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, mengecat dinding wuduk dan bata, mengecat tiang laluan ke Dewan Ibnu Sina, pembersihan koridor kelas, penanaman bunga, menampal kata murni dan melapik meja kantin.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Agama Bintulu akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

IMG_3856 IMG_3946

Jasamu Dikenang- Cikgu Rajeli

Suasana Majlis meraikan persaraan Cikgu Rajeli b. Hj Bolhassan bertempat di Parkcity Everly pada 20 Julai 2016. Anjuran PIBG SKAMIS Bintulu.

IMG_7421

IMG_7419

Mesyuarat Agung PIBG 2016

Pada 16 April 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu (SKAMISB) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) telah mengadakan mesyuarat agung PIBG Tahun 2016. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih  ahli jawatankuasa bagi sesi 2016-2018 dan membincangkan isu-isu yang berbangkit.

Majlis Akujanji UPSR 2016

Assalamualaikum.

Pada 4 Februari 2016 yang lalu, Sek. Keb (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu bersama PIBG sekolah telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR Pelajar dan Ibu Bapa Tahun 6 2016. Majlis ini melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa tahun 6. Sambutan yang diterima amat memberansangkan. NYDP PIBG sekolah juga turut hadir memberi sokongan. Majlis ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar dan ibu bapa untuk membuat persediaan menghadapi UPSR 2106.

GOTONG-ROYONG KANTIN

gtAssalamualaikum.

Sek. Keb (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu akan mengadakan aktiviti gotong royong untuk menceriakan kantin sekolah. Aktiviti ini melibatkan guru, ibu bapa dan murid sekolah ini. Selain menceriakan kantin sekolah, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Butiran aktiviti adalah seperti dibawah.

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 1- 6 (2015)

Pada 30 hb Oktober 2015, Exco PIBG- Biro Akademik telah menganjurkan Program Motivasi di Dewan Ibnu Sina.  Program ini mempunyai dwi sasaran. Pertama ialah untuk menyuntik semangat pelajar menuntut ilmu dan berjaya melalui  minat membaca.  Keduanya ialah untuk memberi pendedahan tentang liku-liku kehidupan pelajar, cabarannya dan semangat untuk bangun semula apabila melalui detik kegagalan.  Program motivasi ini telah dijayakan oleh penceramah jemputan khas dari Pustaka Negeri Sarawak En. Japri Bujang bin Masli selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga dari MLNG “Young Executive Club” En Awang Nasfudin b Awang Hassan selaku presiden kelab dan En. Zulhilmi b Usop-Yusuf selaku ahli “Young Executive Club”.  Semasa program tersebut, pihak sekolah juga menerima sumbangan sebanyak 298 buah naskah buku dari Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak yang disampaikan oleh En Japri Bujang b Masli selaku pengerusi persatuan.