Daily Archives: March 21, 2019

Menaiktaraf serta Penambahbaikan Surau An-Najah

Assalamualaikum

Untuk makluman ibu bapa, SK Agama (MIS) Bintulu tidak mempunyai bangunan khas untuk surau bagi kegunaan murid untuk solat dan menjalankan aktiviti keagamaan serta kerohanian.

Oleh itu, Jawatankuasa Surau An-Najah bersama Ahli Exco PIBG bersepakat bagi mendapatkan dana untuk tujuan menaiktaraf ini. Anggaran kos keseluruhan perbelanjaan menaiktaraf adalah sebanyak RM350,000 dan kerja-kerja menaiktaraf dijangka bermula pada bulan April 2019.

Semoga usaha untuk menaiktaraf dan penambahbaikan surau An-Najah ini akan berjaya seperti yang dirancang dan dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta memberi manfaat kepada seluruh warga SK Agama (MIS) Bintulu.