Program Bersama Carrie Junior

PROGRAM BERSAMA CARRIE JUNIOR

Tarikh: 11 Mac 2019 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Bintulu

Unit Hal Ehwal Murid bekerjasama dengan pihak Carrie Junior menganjurkan program kebersihan badan bertemakan “Bath Time Is Fun Time” bagi murid-murid prasekolah sehingga Tahun 2.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid tentang cara-cara membersihkan badan, penjagaan diri dan mandi dengan cara yang betul.

Semasa program dijalankan, murid-murid diberi peluang untuk berseronok dengan maskot Carrie Junior sambil diiringi muzik Action Song oleh pihak penganjur.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Maskot Carrie Junior dan pemberian cenderahati diberikan kepada semua Guru Kelas dan murid-murid yang terlibat.

 

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: