Daily Archives: March 12, 2019

Program Bersama Carrie Junior

PROGRAM BERSAMA CARRIE JUNIOR

Tarikh: 11 Mac 2019 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Bintulu

Unit Hal Ehwal Murid bekerjasama dengan pihak Carrie Junior menganjurkan program kebersihan badan bertemakan “Bath Time Is Fun Time” bagi murid-murid prasekolah sehingga Tahun 2.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid tentang cara-cara membersihkan badan, penjagaan diri dan mandi dengan cara yang betul.

Semasa program dijalankan, murid-murid diberi peluang untuk berseronok dengan maskot Carrie Junior sambil diiringi muzik Action Song oleh pihak penganjur.

Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama Maskot Carrie Junior dan pemberian cenderahati diberikan kepada semua Guru Kelas dan murid-murid yang terlibat.

 

Permohonan Kemasukan ke Prasekolah KPM Tahun 2020

Permohonan secara talian di https://eprasekolah.moe.gov.my/

1 Mac sehingga 30 April 2019

Permohonan secara manual melalui sekolah yang dipohon

1 Mac sehingga 31 Mei 2019

 

Sumbangan ikhlas kepada arwah ayah Faiq Qawiem

Assalamualaikum

Untuk makluman semua, pada malam 4.3.2019 salah seorang murid SK Agama (MIS) Bintulu tahun 2 Othman, iaitu adik Faiq Qawiem telah kehilangan ayah tercinta akibat kemalangan jalan raya, jadi pihak sekolah mengadakan kutipan sumbangan ikhlas kepada keluarga arwah bagi meringakan sedikit bebanan yang ditanggung.

Semoga roh ayah mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.