Program Jom Ke Sekolah Tahun 2019

Assalamualaikum,

Pada 18 Februari yang lepas, telah berlangsungnya Program Jom ke Sekolah Tahun 2019 bersama KPM dan PDRM peringkat sekolah di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu. Pegawai polis yang dijemput adalah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Inspektor Mawardi & Koperal Hasbullah dari IPD Bintulu.

Juga dirasmikan papan kenyataan PPS sebagai simbolik pelancaran program ini.

Program ini merupakan program kolaborasi (NBOS) antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: