Monthly Archives: April 2018

Kejohanan Bola Sepak MSS U-12 Peringkat Bahagian Bintulu 2018

Assalamualaikum

Pada 13 April yang lepas, sekolah kita telah menghantar wakil untuk Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Bawah 12 tahun Peringkat Bahagian 2018 yang berlangsung di Padang C, Dewan Suarah Bintulu. Sekolah kita telah berjaya ke separuh akhir dan berjaya mendapat tempat ke 3 dari 13 pasukan seluruh Bintulu.

Syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak cilik kita dan guru² pengiringnya iaitu Cikgu Amir, Cikgu Syafiq dan Ustaz Fuad.

Perjalanan perlawanan pasukan bola sepak SK AGAMA BINTULU

Peringkat Kumpulan

Vs SK St. Anthony (6-0)
Vs SK Kuala Nyalau (2-1)
Vs SK Sg Setiam (4-0)

Suku akhir

Vs SK Kidurong (4-0)

Separuh akhir

Vs SK Kpg Jepak (0-1)

Tempat ke 3&4

Vs MSSR Sebauh (2-1) menang penalti

SK AGAMA BINTULU dapat tempat ke-3 keseluruhan

Poetry Recitation Primary School Bintulu District Level 2018

Assalamualaikum

Pada 12 April yang lepas, sekolah kita telah menghantar wakil untuk mengikuti Poetry Recitation Competition Bintulu District Level di SJK Chung Hua, Bintulu.

Dan kita berjaya mendapat tempat ke 2 dari keseluruhan sekolah yang mengikuti pertandingan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta dan Cikgu Azian selaku guru pengiring.

 

Pertandingan Action Song Sekolah Rendah Peringkat Daerah Bintulu 2018

Assalamualaikum

Pada 11 April yang lepas, sekolah kita telah menghantar wakil untuk Pertandingan Action Song Sekolah Rendah Peringkat Daerah Bintulu di Times Square Megamall, Bintulu. Guru pengiring nya adalah Cikgu Ellya dan Cikgu Mazurin.

Sekolah kita hanya mendapat tempat saguhati.

Tahniah dan syabas diucapkan.

 

Majlis Tadarus Al Quran (MTQSSKPM) Peringkat Bahagian Bintulu, Tatau dan Sebauh 2018

Assalamualaikum

Pada 7 April yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al Quran Sekolah² Kementerian Pendidikan Malaysia (MTQSSKPM) Peringkat Bahagian Bintulu, Tatau dan Sebauh di SMK Tatau, Tatau.

Sekolah kita telah menghantar wakil dan berjaya merangkul semua pingat dan juga JOHAN keseluruhan sekolah yang berentap pada hari tersebut.

1. Tilawah

 L – Naib Johan
 P – Johan

2. Hafazan

 L – Johan
P – Johan

3. Cerita

L – Johan
P – Johan

JOHAN Keseluruhan
SK AGAMA BINTULU

Mereka ini akan berentap ke Peringkat Negeri Sarawak pada 18 hingga 20 April 2018 di Pusat Latihan Sarawak JAKIM, Telaga Air, Kuching, Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan.