Daily Archives: February 23, 2018

Lori MILO datang ke sekolah

Assalamualaikum

Pada hari Selasa yang lepas, pihak Nestle Bintulu datang sekolah untuk memberi minuman percuma MILO kepada semua murid sekolah SK Agama Bintulu.

Sememangnya semua murid sekolah memang menanti lori MILO ini datang ke sekolah dan keceriaan muka mereka terserlah dan semakin bersemangat untuk belajar setelah minum milo percuma ini.

Terima kasih kepada abang Andreas, iaitu pihak Nestle Bintulu datang bawa lori MILO yang selalu ditunggu oleh seluruh warga SK Agama Bintulu.

 

Bantuan Awal Persekolahan 2018

Assalamualaikum

Pada hari Selasa lepas, telah berlangsungnya pengagihan bantuan awal persekolahan RM100 oleh guru kelas kepada murid yang layak.

Diharap dengan bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibubapa.