Daily Archives: February 12, 2018

Program Putra Bakti AnimEx 2.0 2018

Assalamualaikum.

Pada 3-4 Februari yang lepas, pihak sekolah ada menghantar wakil murid sebanyak 9 orang dari kelas 5 Aisyah dan seorang guru pengiring iaitu Cikgu Nurshafika untuk menglibatkan diri dalam Program Putra Bakti Animex 2.0. Program ini berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan haiwan peliharaan, reptilia dan haiwan eksotik serta dapat mempamerkan ternakan yang terdapat di UPM Kampus Bintulu.