Monthly Archives: June 2017

Sumbangan Duit Raya 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat 16 Jun yang lepas, telah berlangsungnya Program Sumbangan Duit Raya 2017 kepada murid yang mempunyai status anak yatim dan miskin. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fauziah Binti Jumat.

Program ini adalah kerjasama antara Panitia Pendidikan Islam dengan Unit HEM sendiri. Seramai 47 orang penerima yang telah  menerima sumbangan duit raya tersebut.

 

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat UPSR 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat 16 Jun yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat UPSR 2017 yang bermula jam 5.30 petang hingga 9.30 malam. Antara pengisian program ialah Bacaan Yasin, Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak, Solat Hajat, Ucapan Pihak Sekolah dan Solat Sunat Tarawikh.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah En Abdul Rahim Bin Hj Harmi  wakil dari PPD Bintulu, ehli exco PIBG, Ibu Bapa serta Warga SK (A) MIS Bintulu.

 

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

Assalamualaikum

Pada 24 Mei yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di Dewan Ibnu Sina. Sambutan ini dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Su’ut Bin Tahir.

Tema sambutan Hari Guru tahun ini adalah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dan tema pakaian untuk semua guru² pada hari tersebut adalah ‘Kalau Aku Bukan Guru’.