3RD SKBJ CHESS CHAMPIONSHIP 2017

Assalamualaikum.

Pada 8 dan 9 April yang lepas, 3 orang murid SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu telah mengikuti 3 rd SKBJ Chess Championship 2017 yang diadakan di Dewan Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana dan dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Pertandingan ini juga dengan kerjasama Malaysian Chess Federation dan Chess Association of Selangor.

3rd SKBJ Chess Championship dipertandingkan mengikut 3 kategori iaitu bawah 9 tahun, bawah 12 tahun dan bawah 15 tahun. Pertandingan yang dijalankan adalah sebanyak 8 pusingan dan mengikut SWISS SYSTEM. Penyertaan terdiri daripada pelbagai sekolah di seluruh Malaysia.

PESERTA 12 TKB:

BIL NAMA KELAS RATING KEBANGSAAN CATUR
1. MUHAMAD DANIEL NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 5 AISHAH 1189
2. MUHAMAD LUKMAN NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 6 AISHAH 1437

 

PESERTA 9 TKB:

BIL NAMA KELAS RATING KEBANGSAAN CATUR
1. MUHAMAD IMRAN NURHAKIM BIN MOHD KHAIRULNIZAM 3 ALI 1268

 

 

Di dalam pertandingan ini, adik Muhamad Imran Nurhakim telah berjaya menyandang tempat ke-10 dan mendapat hadiah berupa medal, sijil dan wang sebanyak RM30.

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: