Kejohanan Memanah MSSB Bahagian Bintulu 2017

Assalamualaikum.

Pada hari Jumaat, 7 April 2017, sekolah kita telah menghantar 4 peserta lelaki dan seorang peserta perempuan ke Kejohanan Memanah MSS Bahagian Bintulu yang bertempat di Padang Memanah SMK Bandar. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan dikelolakan oleh SMK Bandar dan juga SK Kampung Baru.

Pertandingan ini bertujuan untuk memperkasakan aktiviti memanah di peringkat sekolah. dan mencari wakil bagi persediaan MSS Sarawak yang akan berlangsung di Miri. Undang-undang yang digunakan ialah mengikut undang-undang “World Archery” (WA) dan Peraturan-peraturan AM MSSM.

Bagi Kategori Lelaki 12 tahun ke bawah, adik Ahmad Muhaimin bin Abu Bakar telah mendapat tempat ketiga manakala bagi Kategori Perempuan 12 tahun ke bawah, adik Ayn Qaeydah Fakhira binti Merudi mendapat tempat keempat. Mereka berjaya terpilih mewakili bahagian Bintulu ke pertandingan MSS Sarawak di Miri.

 

Wakil peserta – peserta dari sekolah kita:

Bil Nama Kelas
1. AHMAD MUHAIMIN BIN ABU BAKAR 6 Othman
2. AFIQ HARITH BIN ANUAR 4 Aisyah
3. MUHAMAD ZARIFZHARQUAN BIN ZULKARNAIN 3 Ali
4. IMRAN IHTISYAM BIN JOHAN 3 Ali
5. AYN QAEYDAH FAKHIRA BINTI MERUDI 5 Othman

 

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Memanah:

KEDUDUKAN NAMA SEKOLAH
PERTAMA AIMAN SYAFIQ BIN MOHAMAD EFFENDY SK KAMPUNG BARU
KEDUA MOHAMMAD ADIB ASYARAF BIN SAMRI SK KIDURONG
KETIGA AHMAD MUHAIMIN BIN ABU BAKAR SK (A) MAJLIS ISLAM SARAWAK BINTULU
KEEMPAT MOHAMAD NUR ASFA BIN MOHAMMED SK ASYAKIRIN

 


Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: