Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Daerah Bintulu 2017

Assalamualaikum.

Pada 25 Februari yang lepas, pihak sekolah telah menghantar wakil muridĀ untuk mengikuti Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Daerah Bintulu 2017 sempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang berlangsung di Dewan sekolah, SK Kampung Baru Bintulu.

Seramai 30 orang murid yang terlibat dalam pertandingan tersebut yang mana terdiri daripada murid darjah 4, 5 dan 6 dan diketuai oleh Konduktor Nur Fatin Syafiqah bt Abdullah Morni dari kelas darjah 6 Aishah. Juga seramai 5 orang guru pembimbing & pengiring yang mengiringi murid-murid tersebut iaitu Cikgu Saidi, Cikgu Suryani, Cikgu Fauziah, Cikgu Ashraf dan Cikgu Ahmad Salehudin.

Keputusan hasil pertandingan tersebut, sekolah kita mendapat tempat yang ke 5 dan hanya mendapat saguhati sahaja. Tahniah diucapkan.

 

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: