Program Jom Ke Sekolah Tahun 2017

Assalamualaikum.

Pada 6 Februari yang lepas, telah berlangsungnya program Jom Ke Sekolah Tahun 2017 di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu Inspektor Mohd Mawardi dan Sarjan Mahadi bin Darmawi dari IPD Bintulu.

Program ini merupakan program kolaborasi (NBOS) antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah dapat dilihat melalui keberadaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Juga dilancarkan sekali peti aduan murid, di mana sebarang aduan oleh murid-murid sekolah boleh dirujuk dan diselesaikan dengan kadar segera oleh Pegawai Perhubungan Sekolah.

 

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: