PERTANDINGAN ACTION SONG PERINGKAT DAERAH BINTULU 2017

Pertandingan Action Song Peringkat Daerah Bintulu 2017 telah diadakan pada 4 Februari 2017 iaitu haru Sabtu bertempat di Parkcity Mall, Bintulu pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu kolaborasi dengan SJK Siong Boon Bintulu dan Parkcity Mall, Bintulu.

Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tahun 3 dan 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Ellya Binti Ahmad dan Cikgu Nordiana Binti Sahar. Pihak sekolah telah mendapat tempat kedua iaitu naib johan daripada 15 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut. Pasukan ini telah mendapat sebuah trofi, medal dan sijil penghargaan.

 

Ucapan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar En. Su’ut Bin Tahir,PK Pentadbiran Pn. Zuraidah Binti Che Mahamood, PK KK En. Awg. Dahlan Bin Awg. Lai, PKHEM Pn. Fauziah Binti Jumat, Ketua Panitia Bahasa Inggeris  Cik Lily Gabriel, guru-guru, AKP, dan para ibu bapa atas doa, kerjasama dan sokongan yang diberi. Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Mohd Saidi Bin Zainal Azim kerana telah membantu menggubah lagu dan latihan vokal kepada pelajar.

 

Keputusan :

 

Johan- SJK Kai Ming Bintulu

Naib Johan – SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu

Ketiga – SK Desa Lavang Bintulu

 

Tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: