Anugerah Kecemerlangan Kurikulum & Kokurikulum Sekolah 2016

Assalamualaikum.

Pada 22 November yang lepas, telah berlangsungnya majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum & Kokurikulum Pelajar sesi ke 23 di Dewan Ibnu Sina, SK Agama Bintulu dan dirasmikan oleh Ustaz Syed Harold Salleh Bin Wan Mohammad, Pegawai Agama JAIS Bintulu.

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2016, penyerahan cenderamata untuk semua murid tahun 6 2016. Dan, terakhir sekali penyampaian Anugerah Khas iaitu Anugerah Pembaca Terbanyak NILAM Tahap 1 &2, Anugerah Khas UPKK, Anugerah Cemerlang Akademik dan Anugerah Tokoh Pelajar 2016.

Majlis ini merupakan majlis yang disambut bersempena dengan menghargai usaha gigih dan ketekunan murid-murid dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah. Majlis ini juga merupakan aktiviti tahunan bagi SK Agama Bintulu.

 

img_5921 img_5923 img_5927 img_5932 img_5933 img_5944 img_5956 img_5965 img_5994 img_6011 img_6024 img_6032 img_6043 img_6113 img_6102 img_6106

 

%d bloggers like this: