Keputusan UPSR 2016

Assalamualaikum.

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 telah diumumkan pagi tadi di Dewan Ibnu Sina.

Seramai 88 orang calon yang menduduki peperiksaan ini dan semuanya lulus 100%. Cuma tiada seorang pun calon berkenaan mendapat gred 6A. Tetapi gred purata sekolah UPSR tahun ini mendapat 2.16 sahaja.

Juga keputusan keseluruhan UPSR untuk subjek Bahasa Arab semuanya 100% lulus kerana seramai 16 orang calon mendapat gred A1, 20 orang mendapat gred A2, 45 orang mendapat gred B dan 7 orang mendapat gred C.

Calon peperiksaan UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak Tahun 1 iaitu pada tahun 2011.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon UPSR 2016 SK Agama Bintulu.

%d bloggers like this: