Daily Archives: November 9, 2016

Kem Khemah Ibadah 2016

Assalamualaikum.

Persatuan Agama Islam Sekolah akan menganjurkan Kem Khemah Ibadah 2016 pada minggu ini iaitu pada 11/11/2016 hingga 13/11/2016 di Dewan Ibnu Sina dan Surau An-Najah, SK Agama Bintulu.

kemibadah

Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak ke-24 2016

Assalamualaikum.

Pada 5 November yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Khas Ketua Menteri yang ke 24 sempena Sambutan UlangTahun ke-45 Yayasan Sarawak. Majlis ini berlangsung di Dewan Santapan, DUN Sarawak, Kuching dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Satem.

Sekolah kita telah membolot 2 anugerah iaitu Kategori Sekolah Rendah Gemilang (wang tunai sebanyak RM7000) untuk Tahun 2015 dan Kategori Guru Besar (wang tunai sebanyak RM5000) untuk Tahun 2015. Cikgu Zuraidah Binti Che Mahamood (Penolong Kanan Pentadbiran) selaku wakil Guru Besar datang menghadiri majlis penyampaian anugerah yang berprestij ini.

Syabas dan tahniah kepada Guru Besar, Encik Su’ut Bin Tahir dan seluruh warga SKAMISB! 

 

whatsapp-image-2016-11-06-at-10-49-08

(Cikgu Zuraidah Binti Che Mahamood selaku wakil Guru Besar mengambil sijil untuk 2 kategori di atas pentas.)

whatsapp-image-2016-11-06-at-11-00-53

(Ketibaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada malam tersebut.)

whatsapp-image-2016-11-06-at-10-49-48

(Gambar kenang-kenangan pemenang untuk setiap kategori bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.)

whatsapp-image-2016-11-06-at-11-02-45

(Gambar kenang-kenangan pemenang untuk setiap kategori bersama Pengarah Pendidikan Sarawak, Puan Rakayah Binti Haji Madon.)