Monthly Archives: October 2016

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah KPM Peringkat Negeri Sarawak 2016

Assalamualaikum.

Pada 5 hingga 7 Oktober yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2016 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK Agama (MIS) Bintulu.

Sekolah kita telah menjadi johan untuk bahagian Hafazan iaitu adik Nur Sofeah Aufa Binti Shahrul Anuar (Kelas 4 Aishah) dan terus mewakili Negeri Sarawak untuk berentap di peringkat Kebangsaan pada 21 hingga 23 Oktober 2016 di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Tahniah dan syabas kepada adik Nur Sofeah Aufa serta guru pengiringnya iaitu Ustazah Nor Iziana. Semoga berjaya berentap di peringkat Kebangsaan nanti.

 

whatsapp-image-2016-10-06-at-15-38-35 whatsapp-image-2016-10-06-at-15-56-20

Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2016

Assalamualaikum.

Pada 8 Oktober yang lepas, pihak sekolah telah menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun 2016 di surau sekolah.

Aktiviti keagamaan ini telah dirancang dan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam dimana penekanan mengenai pemantapan akhlak, akidah dan adab melalui solat diterapkan kepada murid-murid sekolah.

Peserta yang terlibat adalah semua murid tahun 4 sehingga tahun 6.

whatsapp-image-2016-10-08-at-11-38-10 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-37-49 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-39-08 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-37-58whatsapp-image-2016-10-08-at-11-52-17 whatsapp-image-2016-10-08-at-11-52-19

Konsert Inspirasi Orkestra Pendidikan 2016

Assalamualaikum.

Pada 28 September yang lepas, telah berlangsungnya Konsert Inspirasi Orkestra Pendidikan 2016 di Dewan Suarah Bintulu. Konsert ini dianjurkan oleh Bahtera Music Production dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.

Persembahan orkestra, nyanyian dan tarian ini melibatkan kebanyakan guru dan murid dari seluruh sekolah sekitar daerah Bintulu, Sebauh dan Tatau. Konduktor Orkestra pada malam itu ialah Cikgu Mohamad Saidi Bin Zainal Azim dari SK Agama Bintulu.

Terdapat 4 segmen yang dipersembahkan semasa konsert itu berlangsung iaitu Segmen Nostalgia, Segmen Kepelbagaian Budaya Bangsa, Segmen Patriotik dan Segmen Terkini.

14523106_1295407593805542_1154090830561954956_n 14520473_1295406387138996_4216522511624934586_n 14520399_1295504183795883_8150604245976161433_n 14517401_1295502760462692_4429870646235067578_n 14516502_1295404460472522_6347949141876503195_n 14440904_1295504473795854_9055092686007004194_n 14446205_1295503560462612_8873661307872952773_n 14448830_1295404647139170_3006442252169026820_n 14469486_1295505283795773_994688433651419668_n 14469549_1295503600462608_9008098348737089018_n 14440764_1295504983795803_2889721541457478686_n

 

Ujian Kemasukan Tahun Satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sarawak 2017

Assalamualaikum.

Pada 1 Oktober yang lepas, telah diadakan Ujian Kemasukan ke Tahun Satu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Rendah) Sarawak tahun 2017 di bilik darjah sekolah. Ujian ini dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Tadika/Tabika yang terlibat dalam ujian ini adalah Tadika Bestari Kampung Baru, Tadika Tunas Gemilang, Tadika Tahfiz Al-Amin, Tadika Montessori Pelabuhan Bintulu, Tadika Anakku, Tadika Permata Kasih, Tadika Perpaduan, Tadika Sedidik Mutiara, Tadika Hikmah Bintulu, Pasti Al-Mukminin, Pasti Al-Firdaus dan Pasti Nur Iman.

Prasekolah yang mengikuti ujian ini iaitu Prasekolah SK Jepak, Prasekolah SK Bintulu, Prasekolah SK Orang Kaya Mohammad, Prasekolah SK Kidurong, Prasekolah SK Kidurong 2 dan Prasekolah SK Agama.

Jumlah murid yang menghadiri ujian ini adalah seramai 255 orang.

whatsapp-image-2016-10-01-at-09-03-15 whatsapp-image-2016-10-01-at-09-03-30

whatsapp-image-2016-10-01-at-10-50-57 whatsapp-image-2016-10-01-at-10-51-59

Anugerah Ma’al Hijrah 1438H/2016 Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualaikum.

Pada 2 Oktober yang lepas, telah berlangsungnya Anugerah Ma’al Hijrah 1438H/2016 Peringkat Negeri Sarawak sempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sarawak di daerah Betong, Sarawak.

Sekolah kita telah memenangi kategori ”Anugerah Ma’al Hijrah Sekolah Agama Contoh” dan berjaya membawa pulang hadiah¬†– Trofi, Sijil, Wang Tunai RM5,000.00 dan turut akan menerima Projek bernilai RM5,000.00.

Tahniah dan Syabas kepada seluruh warga SKAMIS!

whatsapp-image-2016-10-02-at-12-10-37 whatsapp-image-2016-10-02-at-12-06-45 whatsapp-image-2016-10-02-at-12-06-29 maalhijrahbetong