Monthly Archives: September 2016

SENADA Chess Championship 2016

Assalamualaikum.

Pada 24 September yang lepas, berlangsungnya SENADA Chess Championship 2016 di Dewan Gemilang SK Saujana Impian 2, Kajang Selangor.

Sekolah kita ada menghantar peserta seramai 3 orang murid iaitu :

Muhamad Imran Nurhakim bin Mohd Khairulnizam (2 Ali)

Muhamad Daniel Nurhakim bin Mohd Khairulnizam (4 Aisyah)

Muhamad Lukman Nurhakim bin Mohd Khairulnizam (5 Aisyah)

dan Muhamad Imran Nurhakim bin Mohd Khairulnizam berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori bawah 8 tahun.

Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama sekolah.

 

whatsapp-image-2016-09-26-at-10-31-34

whatsapp-image-2016-09-26-at-16-18-14

whatsapp-image-2016-09-26-at-16-18-13

whatsapp-image-2016-09-26-at-16-18-14-1

 

 

Ceramah Keselamatan Jalan Raya di Sekolah

Assalamualaikum.

Pada 9 September yang lepas, telah berlangsungnya ceramah keselamatan jalan raya sekolah di Dewan Ibnu Sina SK Agama Bintulu anjuran Jawatankuasa Keselamatan Sekolah. Penceramah yang dijemput adalah Sarjan Martin Saran dari Cawangan Trafik, IPD Bintulu.

Ceramah ini melibatkan semua murid sekolah dan guru-guru. Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan adalah :

  1. Langkah keselamatan jalan raya
  2. Akibat kemalangan jalan raya
  3. Disiplin di jalan raya
  4. Pengenalan lampu isyarat
  5. Tips melintas jalan raya

img-20160919-wa0006 img-20160919-wa0009 img-20160919-wa0014 img-20160919-wa0015

Lawatan YDP Majlis Islam Sarawak ke SK Agama Bintulu

Assalamualaikum.

Pada 15 September yang lepas, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha telah melakukan lawatan ke SK Agama Bintulu.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pegawai JAIS Bintulu, Ustaz Syed Harold Salleh Bin Haji Wan Mohammad dan Ustaz Azhar Bin Hipni.

8 7 6 5 4 3 1 2

 

Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan Tahun 2016 & PKSR

Assalamualaikum.

Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan Tahun 2016 dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Tahun 2016 adalah seperti berikut :-

  • Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan : 10.09.2016 – 18.09.2016 (9 Hari)
  • Sekolah Dibuka Pada : 19.09.2016 (Isnin)
  • Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Tahun 1 Hingga Tahun 6 : 17.10.2016 – 20.10.2016 (Isnin – Khamis)
  • Kelas KAFA : 19.09.2016 – 20.09.2016 (Isnin – Selasa) dijalankan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

 

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan/SMKA/SABK (SMA)/SMKA TMUA (Tahfiz) telah dibuka!

Assalamualaikum.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak tahun 6 boleh melayari laman web berikut untuk permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan/SMKA/SABK (SMA)/SMKA TMUA (Tahfiz) secara online bagi tahun 2017.

Pendaftaran telah dibuka sekarang dan berakhir pada 30 September 2016. Ibu bapa perlu menggunakan ID sendiri bukan ID anak untuk mendaftar.

https://public.moe.gov.my/  (sila klik pautan ini)

 

Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016

Assalamualaikum.

Pada 2 September 2016 yang lepas, telah diadakan Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2016 di surau sekolah SK Agama Bintulu bermula jam 7 malam.

Majlis ini melibatkan semua murid darjah 6 bersama-sama ibu bapa masing-masing serta guru-guru tahun 6 dan pihak PIBG. Semoga semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini berjaya memperolehi result yang cemerlang. Insya Allah!

WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.18.31 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.18.32 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.29.00 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 7.30.23 PM WhatsApp Image 2016-09-02 at 8.09.58 PM   WhatsApp Image 2016-09-02 at 10.11.42 PM