Daily Archives: August 30, 2016

Gotong Royong Perdana Sekolah 2016

Assalamualaikum.

Pada 20 Ogos 2016 yang lepas, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) & PIBG telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong Perdana Sekolah untuk tahun 2016 bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.

Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti telah dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, mengecat dinding wuduk dan bata, mengecat tiang laluan ke Dewan Ibnu Sina, pembersihan koridor kelas, penanaman bunga, menampal kata murni dan melapik meja kantin.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Agama Bintulu akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

IMG_3856 IMG_3946