Daily Archives: August 29, 2016

Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat Kebangsaan 2016

Assalamualaikum.

Pada 11 hingga 18 Ogos 2016 yang lepas, 7 orang murid SK Agama Bintulu telah mewakili negeri Sarawak ke Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.

Pasukan ini juga dikenali sebagai Bintulu Pandas turut diwakili oleh murid-murid dari SK Kidurong, SK Kidurong 2 dan SK Tanjung Batu. Pasukan ini hanya dapat berjuang hingga ke peringkat separuh akhir dalam kategori plate.

Diharap dengan penyertaan ke peringkat kebangsaan ini dapat meningkatkan lagi martabat sukan sofbol di SK Agama Bintulu.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 3.04.59 PM

Pertandingan Kalam Jama’ie Sekolah Rendah KPM Peringkat Negeri Sarawak

Assalamualaikum.

Pada 3 hingga 5 Ogos 2016 yang lalu, Majlis Khatam Al-Quran dan Pertandingan Kalam Jama’ie Sekolah-Sekolah Rendah KPM Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di daerah Mukah, Sarawak. SK Agama Bintulu telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Kalam Jama’ie Peringkat Negeri Sarawak selama 4 tahun berturut-turut dan berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga.

Kalam Jama’ie merupakan satu pertandingan bicara berirama atau choral speaking yang disertai 25 org peserta dan seorang konduktur. Pasukan Kalam Jama’ie SK Agama Bintulu yang dinamakan Pasukan ‘Raudhatul Mawaddah dibimbing oleh Ustazah Siti Fatimah, Ustazah Nor Iziana, Ustazah Lolita, Ustazah Dayana, Ustazah Aidha dan Ustazah Mazaini.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 5.36.44 PM