Pertandingan Catur MSSR bahagian Bintulu

Assalamualaikum..

Pada 22 dan 23 April yang lalu, Pertandingan Catur Peringkat Bahagian Bintulu 2016 telah diadakan di Dewan Sek. Keb Kampung Baru. Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan perempuan. Sek. Keb. (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu(SKAMISB) telah menghantar 12 orang peserta (6 lelaki 6 perempuan). Alhamdulillah SKAMISB telah menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Pencapaian wakil SKAMISB seperti berikut.

Kategori Lelaki:

Naib Johan

Muhammad Lukman Nurhakim Bin Mohd. Khairulnizam

Tempat ke-4

Muhammad Yusshamir Bin Adam malik

Kategori Perempuan:

Johan

Asmaa’ Mahirah Binti Mohamad Seliman

Seramai 3 orang peserta SKAMISB akan mewakili bahagian Bintulu ke Pertandingan Catur Peringkat Negeri di Kuching Sarawak. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya. Jutaan terima kasih kepada guru pembimbing serta ibu bapa yang sanggup meluangkan masa dan ilmu untuk melatih pelajar sehingga ke tahap ini. Selamat maju jaya diucapkan untuk semua pelajar yang akan mewakili Bahagian Bintulu. Semoga dapat mecapai kejayaan dan mengharumkan nama Bintulu.

Sekitar Pertandingan

IMG_8404

Wakil SKAMISB

Wakil SKAMISB

IMG_8409 IMG_8408 IMG_8407 IMG_8406

Peserta SKAMISB sedang beraksi

Peserta SKAMISB sedang beraksi

IMG_8403

Yusshamir akan memulakan perlawanan

IMG_8399 IMG_8398

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Penyampaian hadiah kepada pemenang

 

%d bloggers like this: