Mesyuarat Agung PIBG 2016

Pada 16 April 2016 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu (SKAMISB) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) telah mengadakan mesyuarat agung PIBG Tahun 2016. Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih  ahli jawatankuasa bagi sesi 2016-2018 dan membincangkan isu-isu yang berbangkit.

Alhamdulillah, sambutan daripada ibu bapa sangat memberansangkan. Mesyuarat agung kali ini juga lebih meriah dengan sokongan daripada YB. Dato’ Haji Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak. Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya YB. Dato’ Haji Talib Zulpilip atas kesudiannya meluangkan masa merasmikan mesyuarat ini. PIBG bertujuan mengeratkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah. Sokongan daripada ibu bapa sangat membantu dalam kelancaran pengurusan sekolah disamping dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tahniah juga diucapkan kepada Exco baharu yang dilantik menerajui PIBG basi sesi 2016-2018. Usaha murni seperti ini diharap dapat diteruskan demi kegemilangan SKAMISB.

Exco PIBG sesi 2016-2018

Yang Dipertua PIBG: En. Shamsuddin Bin Abdul Razak

Naib Yang Dipertua PIBG: En. Khairul Wardi Bin Ismail

Setiausaha Kehormat: En. Bahran Bin Haji Tihi

Timb. Setiausaha : Pn. Suryani Anak Saka

Bendahari Kehormat: Pn. Junaiza Abdul Rahmad@Junid

Timb. Bendahari: En. Mohamad Jeffri Bin Mohd Nassir

AJK:

Ibu bapa

1)Pn. Dayang Rokiah Bt. Awg Wahab

2)Pn. Saniah Bolhassan

3)Pn. Norzafry Bin Norhalim

4)En. Kamarulzaman Bin Bujang

5)Pn. Nur Athirah Binti Abdullah

Guru

1)Pn. Rinawaty Binti Sahari

2)Pn. Haslina Binti Muhamed

3)En. Mohd Syafiq Bin Abd. Rahim

4)En. Mohd Zainuddin Bin Ismail

5)Pn. Yusherliza Shazleen Binti Yusoh

Sekitar Majlis

IMG_8296

Pendaftaran kehadiran

Untitled

ketibaan YB. Dato’ Haji Talib Zulpilip

Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Fuad

Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Fuad

 

Ucapan Guru Besar

Ucapan Guru Besar

Ucapan Perasmian Oleh YB. Dato' Haji Talib Zulpilip

Ucapan Perasmian Oleh YB. Dato’ Haji Talib Zulpilip

 

Mesyuarat sedang berlangsung

Mesyuarat sedang berlangsung

 

AJK makanan menyediakan makanan untuk tetamu

AJK makanan menyediakan makanan untuk tetamu

 

%d bloggers like this: