Kejohanan Sofbol Peringkat Daerah Bintulu

Assalamualaikum.

Pada 29 dan 30 Januari yang lalu, pasukan sofbol Sekolah Kebangsaan (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu yang diberi jolokan “THE BAASHA” telah menyertai Kejohanan Sofbol Peringkat Daerah Bintulu yang diadakan di padang UPM Bintulu. Alhamdulillah dengan usaha yang gigih dan pertolongan Allah SWT, pasukan “THE BAASHA” telah menjuarai kedua-dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Perempuan.

Pasukan ini terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Jeffri dan Cikgu Syarif. Gabungan guru dan pelajar yang telah memberi komitmen yang tinggi telah membuahkan hasil. Kejayaan ini merupakan kejayaan kedua berturut-turut setelah pasukan ini memenanginya pada tahun 2015.

Terima kasih diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan “THE BAASHA”. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

” READY, STEADY, POW!!!!”

 

Pasukan Lelaki dan PerempuanPasukan lelaki dan Perempuan “THE BAASHA”

Trofi Kejuaraan

 Trofi kejuaraan

 

%d bloggers like this: