Majlis Akujanji UPSR 2016

Assalamualaikum.

Pada 4 Februari 2016 yang lalu, Sek. Keb (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu bersama PIBG sekolah telah mengadakan Majlis Akujanji UPSR Pelajar dan Ibu Bapa Tahun 6 2016. Majlis ini melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa tahun 6. Sambutan yang diterima amat memberansangkan. NYDP PIBG sekolah juga turut hadir memberi sokongan. Majlis ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar dan ibu bapa untuk membuat persediaan menghadapi UPSR 2106.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Fuad seterusnya disusuli oleh taklimat Guru Besar. Selepas itu, ibu bapa dan pelajar tahun 6 diberi taklimat mengenai format terbaru UPSR oleh PK Pentadbiran, Puan Zuraidah. Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada guru-guru tahun 6 bagi tahun 2015 atas jasa mereka mendidik pelajar tahun 6 2015 sehingga mencapai GPS 1.48 dalam UPSR 2015. Kemudian, majlis diteruskan dengan Ikrar Akujanji Pelajar yang diketuai oleh adik Haziq Hazwandi. Seterusnya, ibu bapa pula melafazkan Ikrar Akujanji Ibu Bapa yang diketuai oleh Encik Morsalin Bin Ramli. Akhir sekali, murid dan ibu bapa menurunkan tandatangan pada surat Akujanji UPSR di hadapan Guru Besar, Encik Su’ut Bin Tahir.

Komitmen yang diberikan oleh pihak sekolah dan ibu bapa ini amat penting dalam usaha untuk mencapai sasaran UPSR tahun 2016 iaitu GPS 1.45. Sasaran ini tidak mustahil untuk dicapai dengan usaha semua pihak. Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh ibu bapa.

Sekitar majlis Akujanji UPSR Pelajar dan Ibu Bapa Tahun 6 2016

Sesi Pendaftaran

Sesi Pendaftaran

 

Taklimat Guru Besar mengenai statistik UPSR dan Sasaran UPSR

Taklimat Guru Besar mengenai statistik dan Sasaran UPSR

 

Taklimat Format Baharu UPSR oleh PK Pentadbiran.

Taklimat Format Baharu UPSR oleh PK Pentadbiran.

 

 

Penyampaian cenderamata kepada guru tahun 6 2016.

Penyampaian cenderamata kepada guru tahun 6 2016.

Adik Haziq Hazwandi mengetuai Lafaz Ikrar Akur Janji

Adik Haziq Hazwandi mengetuai lafaz Ikrar Akur Janji

 

Pelajar Tahun 6 melafazkan Ikrar Akur Janji

Pelajar Tahun 6 melafazkan Ikrar Akur Janji

 

En. Morsalin mengetuai lafaz Ikrar Akur Janji Ibu Bapa

En. Morsalin mengetuai lafaz Ikrar Akujanji Ibu Bapa

 

Ibu Bapa melafazkan Ikrar Akur Janji

Ibu Bapa melafazkan Ikrar Akujanji

 

Pelajar menandatangani Surat Akur Janji

Pelajar menandatangani Surat Akujanji

Ibu Bapa menandatangani SUrat Akur JanjiIbu Bapa menandatangani Surat Akujanji

Guru Besar menjadi saksi Sesi Tandatangan Surat Akur Janji

Guru Besar menjadi saksi Sesi Tandatangan Surat Akujanji

En. Morsalin dan anaknya menunjukkan Surat Akur Janji yang telah ditandatangani.

En. Morsalin dan anaknya menunjukkan Surat Akujanji yang telah ditandatangani.

%d bloggers like this: