PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 1- 6 (2015)

Pada 30 hb Oktober 2015, Exco PIBG- Biro Akademik telah menganjurkan Program Motivasi di Dewan Ibnu Sina.  Program ini mempunyai dwi sasaran. Pertama ialah untuk menyuntik semangat pelajar menuntut ilmu dan berjaya melalui  minat membaca.  Keduanya ialah untuk memberi pendedahan tentang liku-liku kehidupan pelajar, cabarannya dan semangat untuk bangun semula apabila melalui detik kegagalan.  Program motivasi ini telah dijayakan oleh penceramah jemputan khas dari Pustaka Negeri Sarawak En. Japri Bujang bin Masli selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga dari MLNG “Young Executive Club” En Awang Nasfudin b Awang Hassan selaku presiden kelab dan En. Zulhilmi b Usop-Yusuf selaku ahli “Young Executive Club”.  Semasa program tersebut, pihak sekolah juga menerima sumbangan sebanyak 298 buah naskah buku dari Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak yang disampaikan oleh En Japri Bujang b Masli selaku pengerusi persatuan.

ceramah motivasi1 ceramah motivasi2 ceramah motivasi4 ceramah motivasi5
Bahagian pertama program tersebut (8:00-10:00 pagi) di hadiri oleh murid-murid serta guru-guru Tahun 1 hingga Tahun 6 (melebihi 500 pelajar).  En Japri Bujang dengan berkalibernya dapat menarik fokus pelajar dengan memulakan ceramah beliau melalui cerita tentang berbagai haiwan.  Didalam cerita tersebut banyak diselitkan dengan kisah-kisah pengajaran moral dan semangat ingin tahu.  En Japri menekankan yang manusia hendaklah belajar untuk berjaya dalam semua segi dan membaca buku adalah salah satu sumber utamanya.   Pihak sekolah SK Agama (MIS) amat berterimakasih kepada Pustaka Negeri Sarawak, khasnya kepada En Japri yang telah berjaya membakar semangat pelajar-pelajar dan juga ucapan setinggi penghargaan kepada Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak terutamanya kepada En Japri yang telah menguruskan sumbangan buku kepada sekolah sebagai penambahan buku-buku bacaan di Bilik Sumber.

 

Pada bahagian kedua program motivasi tersebut (10:30-11:30 pagi), ianya dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 3 hingga Tahun 5 (seramai 250 pelajar).  En Awang Nasfudin dan En Zulhilmi dari MLNG “Young Executive Club) berjaya memukau pelajar-pelajar dengan cerita dan kisah liku-liku kehidupan dan cabaran yang mereka tempuhi semasa dibangku sekolah sehingga akhirnya mendapat kejayaan di menara gading.   Pelajar-pelajar sangat teruja dengan cerita dan kejayaan En Awang Nasfudin sebagai graduan cemerlang setelah mengharungi beberapa siri kegagalan sebelum dapat menjejaki ke universiti.  Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada MLNG Sdn Bhd khasnya kepada En Awang Nasfudin dan En Zulhilmi dari “Young Executive Club” kerana kesudian dan sumbangan mereka kepada program motivasi SK Agama Bintulu.

 

Laporan dari AJK PIBG Biro Akademik:

Pn Rosmah bt Sauari,  Pn Noradnin Hafeeza bt Hj Nawawi, 

%d bloggers like this: