CERIATON BERAMBEH SK AGAMA (MIS) BINTULU 2015

PIBG & Pentadbir Sekolah akan mengadakan Ceriaton Berambeh Sk Agama (MIS) Bintulu pada 7 November 2015.

Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk penambahbaikan prasarana sekolah dan untuk tujuan membantu PIBG/pihak sekolah menjalankan aktiviti untuk para pelajar di SK (A) MIS Bintulu

Antara penambahbaikan dan aktiviti yang dirancang untuk dijalankan dari kutipan ini nanti adalah seperti yang senaraikan di bawah. Walaubagaimanapun, perlaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan aktiviti yang dicadangkan ini akan dijalankan mengikut keutamaan dan tertakluk kepada jumlah kutipan yang diperolehi daripada aktiviti Ceriaton Berambeh ini nanti.

Cadangan Penambahbaikan Prasarana :

  1. Membaiki kerosakan sinki dan paip air di kantin
  2. Membaiki kerosakan tandas pelajar
  3. * Komputer untuk Bilik ICT
  4. * Membaiki lopak – jalan berdekatan surau & kawasan pembuangan sampah
  5. * Membaiki “handrail” kawasan tangga bangunan sekolah
  6. Cadangan pembinaan laluan bertutup dari bangunan sekolah ke kawasan surau
  7. Penyediaan tempat persalinan untuk pelajar di kelas-kelas
  8. Menyediakan papan putih untuk setiap kelas.
  9. * Menyediakan projector untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di setiap kelas
  10. Menyediakan komputer riba (pool) untuk tujuan PdP
  11. Komputer (6 unit) untuk kelas di bawah Projek Keceriaan PPD
  12. Keceriaan kawasan sekolah – projek landscaping

 Aktiviti Akademik :

  1. Sumbangan bantuan tambahan untuk Kem Bistari solat
  2. Kem Motivasi
  3. Cadangan penambahan bahan bacaan Bilik Sumber
  4. Klinik UPSR
  5. Akiviti pasca UPSR

 Aktiviti ko-kurikulum/ko-akademik:

  1. Kos penglibatan dan penyediaan pasukan untuk  aktiviti ko-kurikulum/ko-akademik (pertandingan peringkat bahagian/negeri/kebangsaan)
  2. Aktiviti bulanan setiap mata pelajaran
  3. Penyediaan peralatan sukan
  4. Penganjuran pertandingan di peringkat sekolah

Sehubungan dengan ini, PIBG dan Pentadbir Sekolah memohon kerjasama ibubapa untuk memberi sokongan untuk menjayakan kutipan untuk aktiviti ceriaton SK (A) MIS dan seterusnya menjayakan aktiviti Ceriaton ini nanti.

Terima kasih.

%d bloggers like this: